To my Wife… Takan ada CINTA yang lain

January 13th, 2007 by mustar

Haruskah kuulangi lagi
Kata cintaku padamu Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu Susahkan hatimu

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan…

Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita Tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu
Percaya takdir kita Aku cinta padamu

Akankah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku
Bukalah mata hatimu

Tarikh keramat 9 Dec 2006

January 13th, 2007 by mustar

At last…kahwin jua aku akhirnya. 9 Dec 2006 merupakan tarikh keramat itu.

"Aku terima nikahnya Ira Maya Ramlie dgn mas kahwin…………tunai. " Hmmm terrer jugak aku senafas jer.  "Ulang sekali lagi, ada gap antara ijab dgn qabul " kata saksi pertama (pakcik wife aku)…Gulp! terkedu gak aku…rasanya dah ok dah ijab qabul td. Jam menunjukkan pukul 9.30am da kat luar rumah hujan renyai2. Cuak memang cuak….betul kata Jal (husband Dada…mmg cuak masa nak akad nikah ni). Kalau ikutkan dr malam sebelumnya sampailah ke hari akad nikah itu sendiri aku relax jer, tp bila duduk je depan tok kadhi, memang ada rasa semacam. ‘Selawat banyak2"… pesan Jal.

Selepas akad yang kedua barulah semuanya selesai. Alhamdulillah. Sah sudah kami menjadi suami isteri.